“Kita telah buat semakan status sijil perkahwinan anak guam saya dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) dan mendapati sijil itu sah."Kami beri masa tiga jam (sehingga 12 tengah malam Khamis) untuk padamkan hantaran atau komen (fitnah).
Selain itu, Ahmad Zaharil menjelaskan, pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas hospital berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan.
Jelasnya, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.
“Kita akan tunggu dan dapatkan dulu dapatan daripada siasatan lanjut oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Safwan mengakui sedih dan kecewa apabila ada pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada mereka, termasuk tidak berkahwin selain mencaci dan mengutuknya.
Tambah Safwan, dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dan menyerahkan urusan berkaitan kepada peguamnya. - sinarharian
0 Comments