Rosmah Mansor Dibebaskan Daripada 17 Tuduhan Pengubahan Wang Haram Dan LHDN

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dilepaskan dan dibebas daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy yang membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya.

Datin Seri Rosmah bebas 17 pertuduhan


Beliau sebelum ini berhujah bahawa ketidakadilan prosedur dalam kes ini telah menjejaskan kualiti hidupnya.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan tuduhan tersebut sah di sisi undang-undang dan cukup kuat untuk membolehkan Rosmah membela diri.

Pihak pendakwaan juga mempunyai maklumat yang mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang dikaitkan dengannya.

Pihak pembelaan dan pendakwaan capai persetujuan


Namun pada 23 Ogos lalu, peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, mendedahkan bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes ini.

Terdahulu, media melaporkan kes ini mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen pada 2018 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tuduhan pengubahan wang haram terhadap Datin Seri Rosmah melibatkan jumlah RM7,097,750 dan kegagalan mengisytiharkan pendapatan didakwa berlaku antara 2013 hingga 2017.

Pada 13 Disember 2023, tertuduh mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Sebelum ini, dua permohonan sudah dilakukan iaitu pada 3 Mei dan 18 Ogos yang belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara. ohmedia

Post a Comment

0 Comments