Tips Memilih Tudung

 

Sekarang tudung bukanlah sesuatu yang kuno, Banyak model tudung yang cantik dan kreatif. Pereka-pereka pun sekarang sudah banyak mengkombinasikan tudung dengan pakaian casual ataupun formal. Oleh sebab itu sekarang tudung sudah menjadi tren fashion di kalangan remaja. Namun, tahukah anda tips untuk memilih tudung yang sebenar, yang sesuai dengan keperibadian diri anda? 

Ada beberapa tip yang boleh anda gunakan, antaranya:

Dalam memilih tudung yang sesuai,mencuba beberapa jenis tudung adalah cara yang sesuai untuk anda menemui tudung yang sesuai dan selesa saat ianya dipakai. Setelah anda menemui yang sesui dengan bentuk kepala dan keperibadian anda, cuba anda perhatikan material yang digunakan. Ianya perlu diperhatikan agar semasa anda memakainya anda tidak terkena elergik kerana material yang digunakan tidak sesuai dengan kulit anda.

Langkah yang kedua adalah memilih warna tudung. Walaupun sekarang banyak pilihan warna yang ada tidak semua sesuai dengan warna kulit. Bagi anda yang berkulit kuning langsat dan agak gelap, segala jenis warna boleh anda pakai.selain itu jangan lupa untuk menyesuaikan warna tudung dengan apa yang anda pakai seperti beg tangan dan eksesori yang lain.

Jangan lupa untuk selalu menjaga kelembapan kulit agar anda tetap kelihatan cantik walaupun semasa tidak menggunakan make up, dengan penjagaan kulit yang baik anda akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi semasa menggunakan berbagai jenis tudung dan warna. 

Jika anda adalah seorang yang berkerjaya yang selalu memakai tudung rajin-rajin lah membersihkan muka dengan toner agar kelembapan kulit muka anda terjaga.

Tidak salah untuk selalu kelihatan bergaya semasa menggunakan tudung asalkan anda selalu sopan dalam berpakain. Anda boleh bereksperimen dengan tudung dan pakain yang sedang  trend semasa ini. Ramai para pereka muda yang menghasilkan pelbagai jenis tudung dengan cara tersebut,

Jadi kenapa tidak anda cuba kan?

Tudung tidak akan membuat anda kelihatan tidak cantik, malah tudung akan membuatkan anda lebih cantik dan menawan. Itu lah antara tip-tip yang boleh anda gunakan semasa memilih  tudung.terima kasih kerana sudi membaca, jika ianya bermanfaat silakan share ya.. :) - belogpermata

Post a Comment

0 Comments