Wanita Menangis Sampai Buta Ditinggalkan Tanpa Khabar Berita, Rupanya Suami Nikah Lain – ‘Umur 18 Tahun, Lebih Muda & Cantik’

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita menangis sehingga menjadi buta kerana suaminya didakwa hilang secara tiba-tiba.

Buta kerana menangis

Menerusi perkongsian oleh seorang pembantu pembedahan pergigian, Eccah di platform Threads, dia telah didatangi oleh seorang wanita yang mahu melakukan pemeriksaan gigi.

Saya tak percaya takkan sampai buta, ingat Kassim Selamat ke? Rupanya memang betul, dia buta sebab menangis tak henti yang menyebabkan saraf mata bengkak sehinggalah perlahan-lahan menjadi buta.

Menurut Eccah, wanita tersebut pada awalnya sangat bahagia, dikurniakan dua orang anak dan suami yang baik serta penyayang.

Namun, hidupnya berubah selepas dia hamil anak ketiga dan tiba-tiba suaminya hilang tanpa khabar berita.

Ketika mengandungkan anak ketiga, dia mula menangis tak henti selama sembilan bulan dan sambung menangis lagi selepas bersalin selama enam bulan.

Jadi dia menangis kira-kira 15 bulan iaitu setahun lebih dan ketika saya bertanya pun dia masih menangis, nampak hujung mata dia basah.

Dia terlalu sedih fikirkan suami yang hilang tak jumpa-jumpa. Menangis siang dan malam sampailah mata dia mula jadi kabur sebab hati dan perasaan yang terlalu sedih.

Suami pilih wanita lain

Gambar sekadar hiasan

Bercerita lanjut, wanita berkenaan tetap membesarkan anak-anaknya seorang diri sehingga mereka menjadi insan yang berguna.

Bagaimanapun, suami yang dicari muncul semula dan menjadi wali untuk menikahkan anak bongsu mereka.

Rupanya suami yang disayang sepenuh hati atas dasar cinta dan suka sama suka pergi dari hidupnya dengan memilih wanita baru berumur 18 tahun, lebih muda dan cantik. Mak cik itu ditinggalkan gantung tidak bertali.

Dia yang besarkan anak seorang diri tanpa nafkah sesen pun dari suami, suami datang hanya untuk walikan anak dan pergi lagi dengan keluarga baru.

Aku tanya macam mana boleh jumpa, dia jawab suaminya ada sahaja di sekitar Johor dan bekerja, ada enam orang anak dengan isteri baru.

Sumber: Threads/ohbulan

Post a Comment

0 Comments