Ameera Khan Jangka Bakal Berkahwin Dengan Jefri Nichol Tahun Depan

 

Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menyertai trend viral TikTok, ‘My Prediction 2025’. 

Kalau korang tengok video itu, Ameera meramalkan bahawa dia akan berkahwin pada tahun 2025.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Ameera turut menandakan akaun Instagram teman lelakinya iaitu pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol. 

Perkara itu sekaligus membuatkan ramai peminat teruja dan mula berspekulasi tentang masa depan pasangan ini.

Sekadar hiburan, tapi Ameera Khan kelihatan teruja

Menurut Ameera, ramalan ini hanyalah untuk hiburan semata-mata. Namun, dia mengakui teruja apabila mendapatkan ramalan yang sama buat kali kedua. 

Netizen pula melihat perkara ini sebagai tanda hubungan mereka semakin serius, terutamanya selepas mereka sering memuat naik momen manis bersama di media sosial.

Kontroversi Jefri Nichol

Walaupun ramai yang menyokong hubungan ini, ada juga netizen yang mengingatkan tentang kontroversi lalu membabitkan Jefri Nichol. 

Sebelum ini, Jefri mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita, berlaku curang, dan mencuba daging khinzir. Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya daripada peminat Ameera yang bimbang dengan latar belakang pelakon tersebut. - ohmedia

Post a Comment

0 Comments