Cara Mudah Buat Green Tea Ala Starbucks

 

Setiap kali pergi ke Starbucks, pasti anda akan memesan minuman green tea buat penggemar minuman ini. Sekarang anda boleh buat air Green Tea ala Starbucks kegemaran anda itu di rumah sahaja. Bahan-bahan juga amat senang untuk disediakan. Jom Cuba!

Bahan-bahan

– 1 sudu besar serbuk green tea

– 250 ml susu cair

– 1 cawan ais

– 50 gram gula

– Sedikit whipped cream

Cara-cara

1. Sediakan blender.

2. Masukkan ais, serbuk green tea, susu cair dan gula pasir.

3. Kisar hingga sehingga hancur dan sebati.

4. Masukkan ke dalam cawan.

5. Langkah terakhir, letak whipped cream di bahagian atas. Sedia untuk diminum!

Sumber: vitdaily

Post a Comment

0 Comments