Ingat China Jer Ada Tembok Besar? Britain Pun Adalah Tembok Besar!!!

 

Tembok Hadrian adalah kubu batu dan tanah yang dibina oleh Empayar Rom merentasi Great Britain. Kubu ini merupakan antara satu daripada dua buah kubu batu yang dibina oleh Rom selain daripada Rabung Gask dan yang Tembok Antonine.

Ketiga-tiga tembok dibina bagi menghalang serangan oleh puak gasar dari utara Britain. Hari ini, mereka dikenali sebagai Scotland di utara. Serangan demi serangan merencatkan kegiatan Rom di Britain membuatkan tembok itu terpaksa di bina.

Antara tiga tembok yang dibina oleh Rom, tembok Hadrian paling dikenali kerana ia kekal yang paling terpelihara secara fizikal dan paling jelas kelihatan hari ini.

Tembok ini juga bertindak sebagai sempadan utara Empayar di Britain bagi kebanyakan pemerintahan Empayar Rom. Kegunaan lain selain daripada kubu pertahanan, pintu pagar tembok juga digunakan sebagai pos kastam bagi memudahkan cukai perdagangan. - belogpermata

Post a Comment

0 Comments