Pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae tidak terkecuali menerima komen negatif daripada netizen mengenai cara mereka membesarkan anak.
Baru-baru ini, netizen menegur Maryam yang menghidangkan anaknya, Rina masakan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki.
Rina makan Jjajang Tteokpokki sampai licin
Individu terbabit mempertikaikan mengapa Rina tidak diberikan makanan Melayu memandangkan ibunya sudah memeluk agama Islam.
Tidak berdiam diri, Ryzal menyindir kembali dengan nada sinis tetapi penuh berisi.
“Patut bagi anak makanan tekak Melayu” – Netizen
Tidak cukup dengan itu, komen seorang lagi individu turut mendapat perhatian Ryzal. Netizen tersebut menulis, “Kesian kat anak, bagi makan macam-macam.”
Ryzal membalas dengan nada yang lebih pedas tetapi tetap mengekalkan keprofesionalannya.
“Saya pun kesian kat abang, nama kita sama tapi sayang kebodohan dapat kat abang,” balasnya dengan tegas.
Kita boleh belajar daripada situasi ini untuk menghormati cara setiap ibu bapa mendidik anak mereka. Komen berbaur negatif hanya akan mengeruhkan suasana. Hormatilah keputusan setiap individu kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk keluarga mereka. - ohmedia
0 Comments