Baru-baru ini, pelakon, Rita Rudaini dan anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna telah mendapat perhatian netizen.
Menerusi satu hantaran di TikTok akaun pelakon itu, Rayyan sempat meminta netizen untuk tidak mengasihani mereka selepas dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan bapa mereka, Aidil Zafuan.
Kita dah biasa, dah berjuta kali dengar. Dah muak dah dengar.
Tak payah kesian. Duduk kat rumah mana ada hari-hari nangis.
Pelakon itu turut mengatakan anak-anaknya itu tidak mempunyai memori bersama bapa mereka, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak disebabkan usia mereka berdua yang masih kecil ketika ditinggalkan oleh bapa mereka.
Jangan salahkan anak-anak sis kalau diorang takde rasa apa-apa. Diorang takde memori langsung. So takde nak rasa sedih.
Masa tu Rayyan umur 2 tahun, adik pula umur 8 bulan. Apa yang diorang ingat?
0 Comments