Tak dinafikan, keindahan pantai akan membuatkan kita terpukau seketika melihat pemandangannya
Rasa tenang sahaja, sambil menghirup angin sepoi-sepoi disamping melihat keindahan air laut yang tenang.
Namun begitu, kita juga dinasihatkan agar tidak berada berdekatan kawasan pantai dan laut ketika musim tengkujuh. Hal ini kerana demi menjaga keselamatan diri.
Seperti video yang tular di TikTok apabila seorang individu berkongsi hampir terkena kayu balak dek kerana ombak yang kuat.
Nyaris maut ketika rakam pemandangan pantai
Menerusi perkongsian video di TikTok @fathimafawwaaz, memberitahu suaminya nyaris maut ketika sedang merakam fenomena tersebut.
Namun, sedang asyik merakam tiba-tiba ombak yang kuat menyambar sehingga ke membawa kayu balak ke daratan.
Walaupun begitu, wanita itu meluahkan rasa syukurnya kerana tiada kecederaan serius yang berlaku.
"Alhamdulillah semua selamat, masih umur panjang. Tapi itulah tak tahu nak ketawa ke apa. Bini yang tengok ni tak tahan nak gelak dalam masa sama syukur, masih ada suami," tulisnya. - says
Video : TENGAH SYOK RAKAM, OMBAK DATANG SEKALI DENGAN BALAK
0 Comments