TED - Bangunan Berbentuk Kiub Yang Berlubang

Kali ini, saya nak kongsi satu informasi menarik mengenai Taipei, Taiwan. Taipei adalah salah satu destinasi pelancongan yang semakin disukai oleh pelancong seluruh dunia. Rakyat Malaysia pun ramai yang suka pergi melancong ke Taiwan.

TED - Bangunan Berbentuk Kiub Yang Berlubang

Saya adalah juga buat carian di Google tentang Taipei ni. Dan memang banyak benda unik dan menarik ada di sana. Salah satu yang saya suka nak kongsi dengan anda semua ialah TED.

TED ialah bangunan unik berbentuk kiub berlubang. TED bermaksud Technology, Entertainment & Design Center. Ia menjadi antara mercu tanda di Taipei, Taiwan.

Jadi, buat mereka yang gemar melancong untuk melihat senibina, rekabentuk bangunan yang canggih dan unik, bolehlah ke Taipei. Bangunan  atau TED merupakan antara bangunan yang bakal lahir dengan kecanggihan tertentu.

Di bawah ini adalah beberapa gambar TED untuk tatapan anda. Gambar di bawah adalah illustrasi pelukis semasa di awal pembinaan TED ini.


Bangunan kiub yang menarik ini mempunyai akses kepada publik dengan mempunyai satu lorong bertangga yang 'melalui' kiub bangunan ini yang boleh menembusi terus ke bahagian bumbung TED.

Bangunan ini menempatkan ruang pameran, ruang perniagaan, ruang konferens termasuklah hotel dan ruang pejabat. Bangunan ini dimiliki oleh Taiwan Land Development Corporation, mempunyai keluasan 53,000 meter persegi dan ia terletak di tengah-tengah Taipei.


Kredit: E-Architect/hasrulhassan

Post a Comment

0 Comments