3 Perkara Yang Bikin Kecoh Bila Berbuka Puasa di Luar!

 

Bulan Ramadan, selain bulan ibadah, ia juga bulan yang penuh dengan jemputan berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tapi, kadang-kadang bila berbuka di luar, ada beberapa perkara yang boleh buat kita ‘cuak’ dan kalut tak tentu arah!

Ni tiga benda yang selalu jadi masalah dan kami yakin anda boleh relate bila berbuka di luar.

1. Tempat Makan Penuh & Kena Tunggu Lama

Bayangkan dah lapar tahap naga, tapi bila sampai restoran, PENUH! Kena beratur panjang atau terpaksa duduk di luar sambil layan perut berbunyi.

Lagi parah kalau tak buat tempahan awal, alamatnya berbuka dengan air mineral jelah dulu!

Tip: Kalau dah plan nak berbuka di luar, tempah tempat awal-awal atau pilih tempat yang ada banyak ruang duduk. Alternatif lain, tapau je makanan siap-siap dan cari tempat yang lebih tenang untuk berbuka.

2. Menu Habis, Tak Dapat Makanan Yang Diidamkan

Dah mengidam nak makan ayam percik ke, nasi Arab ke, tapi bila sampai restoran, menu yang dihajati dah SOLD OUT!

Terpaksa ubah plan saat akhir dan cari alternatif lain, yang kadang-kadang tak kena dengan selera.

Tip: Datang awal sikit sebelum waktu berbuka atau buat pesanan lebih awal kalau restoran ada servis pre-order. Kalau tak sempat, pilih restoran yang ada banyak pilihan menu supaya tak kecewa.

3. Susah Nak Cari Tempat Solat Lepas Berbuka



Ini masalah paling besar bila berbuka di luar – nak solat Maghrib, tapi surau jauh atau penuh sesak!

Kalau pergi restoran biasa, ada yang tak sediakan tempat solat langsung, terpaksa cari masjid atau surau di kawasan sekitar. Bila dah kelam-kabut, solat pun tak khusyuk.

Tip: Pilih tempat makan yang menyediakan kemudahan surau supaya mudah untuk solat selepas berbuka. Antara tempat yang ada kemudahan surau termasuklah pusat beli-belah, restoran berhampiran dengan masjid atau restoran makanan segera terpilih. - beautifulnara

Post a Comment

0 Comments